Product Promise | Jaminan produk Mary Kay®

Research and Development Mary Kay

Mary Kay® merupakan syarikat yang boleh anda percayai dan diyakini di seluruh 40 buah negara. Mary Kay® diasaskan oleh Mary Kay Ash dan merupakan syarikat kecantikan antarabangsa yang berpusat di Dallas, Texas, Amerika Syarikat. Kini, Mary Kay® sudah mencecah 58 tahun beroperasi di peringkat pasaran global. Semua pasaran produk kecantikan Mary Kay Malaysia dipasarkan dan dibekalkan oleh Amerika Syarikat sahaja. Kini, Mary Kay Malaysia telah beroperasi lebih 20 tahun dalam pasaran Malaysia dan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk Mary Kay juga boleh dibeli melalui website Mary Kay Malaysia.


1. Jaminan produk Mary Kay® ialah komitmen tinggi yang dijanjikan kepada semua pengguna produk kecantikan Mary Kay®. Setiap produk dijanjikan dengan mutu, kualiti bahan dan packaging yang di patern mengikut standard antarabangsa dan mendapat sijil kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk kecantikan Mary Kay Malaysia telah dicipta mengikut jenis kulit asia, umur kulit dan permasalahan kulit wanita dan lelaki asia. Semua standard dilakukan demi menjamin kepuasan dan permintaan tinggi pengguna setiap tahun.


2. Setiap tahun, Mary Kay Inc. membelanjakan jutaan dolar untuk menjalankan lebih daripada 500,000 ujian bagi memastikan bahawa setiap produk Mary Kay® memenuhi piawaian tertinggi dari segi keselamatan, kualiti dan prestasi.


3. Pakar-pakar saintis menilai setiap satu ramuan dalam setiap produk akhir dihasilkan. Semua ujian dilakukan dengan ketat dan diselia oleh ahli-ahli makmal penyelidikan dan pembangunan Mary Kay®. Para saintis terdiri daripada saintis berkelulusan PhD dan Ijazah lanjutan dalam bidang toksikologi, farmakologi, mikrobiologi, kimia dan biokimia. Setiap produk akan menjalani pengujian semula sehingga ianya benar-benar selamat dan berkesan pada kulit.


4. Setiap keputusan produk adalah berdasarkan fakta saintifik dan bukan melalui pandangan umum. Mary Kay Inc. bersandar pada bukti penyelidikan saintifik yang menggunakan teknologi terkini dan maju mengikut standard piawaian antarbangsa. Syarikat Mary Kay Inc.  tidak akan menggunakan sebarang ramuan sehingga semua ujian telah membuktikan ia selamat dan berkesan digunakan.


5. Pengujian produk mesti dinilai oleh Lembaga Bebas yang terdiri daripada pakar-pakar dermatologi dan perubatan lain yang disahkan di peringkat antarabangsa. Ujian klinikal dijalankan di makmal bebas di mana sukarelawan menggunakan produk Mary Kay® di bawah penyeliaan dan penilaian ketat oleh satu lembaga pakar dermatologi dan oftalmologi yang sah. Mary Kay Inc. juga menjalankan ujian makmal secara ekstensif untuk menentang kerengsaan dan alergi kulit serta menggunakan kaedah yang tercanggih untuk menilai semua produk yang akan digunakan di bahagian mata.


6. Semua produk penjagaan kulit dan kosmetik sentiasa dikawal oleh pihak berkuasa kesihatan dan keselamatan kerajaan. Sebelum sebarang produk dibenarkan di pasaran, ia mesti lulus keperluan keselamatan kerajaan yang ketat. Sebagai soal prinsip, Mary Kay Inc. sentiasa melangkaui apa yang diperlukan oleh undang-undang apabila ia berkaitan dengan keselamatan produk.


7. Mary Kay Inc. tidak menjalankan ujian produk terhadap haiwan. Mary Kay Inc. tidak pernah menjalankan, atau meminta bagi pihaknya untuk menjalankan sebarang ujian produk atau ramuannya pada binatang dan telah bersumpah tidak akan melakukannya di dalam semua polisi syarikat selama-lamanya.


8. Mary Kay Inc. sentiasa menjaga kepuasan jaminan pengguna produk. Jika atas sebarang alasan pelanggan anda tidak berpuas hati sepenuhnya dengan mana-mana produk Mary Kay, ia akan digantikan tanpa bayaran, tukar ganti atau harga beli penuh dikembalikan berikutan barang belian itu dikembalikan kepada Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay® yang sah atau jika dia tidak aktif lagi, kepada Syarikat berserta dengan bukti pembelian. Setiap pembelian yang sah akan disertakan dengan 90 hari jaminan produk.


 

 

 

Mary Kay Official Website
Kerjaya Mary Kay